Monday, March 31, 2014

Terapi Snoozeland

Posted by Unknown at 12:53 AM 0 comments
Istilah “snoezelen” diambil dari perkataan Belanda atau Dutch iaitu “snuffelen” yang bermaksud mencari atau meneroka dan “doezelen” yang bermaksud relaks. Terapi ini digunakan untuk  kanak-kanak masalah mental, autisma, cedera otak dan masalah perkembangan fizikal. 
Terapi ini dirancang untuk memberi stimulus pada pelbagai pancaindera dengan menggunakan efek lampu,suara,muzik,bau dan sebagainya. Suasana bilik atau tempat terapi ini bersifat kondusif, tenang, rekreasionalis dan tidak mengancam. Terapi ini dapat membina kawalan diri yang lebih baik ,dapat meningkatkan rasa percaya kepada diri dan seterusnya mengurangkan stress. 

Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
o Berbaring,bermain dan memeluk bantal
o Menikmati buaian
o Dengar muzik instrumental
o Buat suara lucu dgn alat khusus
o Bermain dgn tangga/cermin
o Perhatikan pola lampu berkelip-kelip
o Menyelam di kolam mandi





Terapi ini telah dikembangkan sebagai aktiviti waktu senggang untuk murid bermasalah pembelajaran dengan persekitaran yang memberangsangkan dan menyenangkan. Mereka boleh memilih, mengawal dan meneroka rangsangan yang terdapat di persekitaran mereka. terapi ini. Terapi ini telah berkembang diseluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia terutama dalam bidang perubatan.


Tujuan Terapi Snoozeland

“Its aim is to be a relaxing activity, designed ‘to create a feeling of safety, novelty and stimulation which is under the user’s control’ (Ashby et al, 1995) and in which there are no expectations for performance" (Baillon, S. , Diepen, E. V. & Prettyman, R. (2002)



Terapi ini telah direka bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi:


Pergerakan motor kasar ---> Mempertingkatkan kebolehan anggota badan yang lemah


Pergerakanan motor halus
menggunakan alat permainan
menggunakan tangan dalam sebarang aktiviti
memegang pensel untuk melukis dan  mewarna
bermain dengan permainan yang terlalu banyak

Masalah pembelajaran :
lemah tumpuan
gelisah
lambat dan lembab
tidak teratur dan tidak kemas
tumpuan amat sedikit
hiperaktif
tidak boleh mengikut arahan


Kebolehan kendiri
menyuap makanan
memakai baju
pergi ke tandas
menjaga kebersihan diri 

Kebolehan bermain :
tidak pandai memanipulasi alat permainan
tidak faham cara bermain 
mengenal alat permainan 
kebolehan bermain terhad



Kognitif dan konsep asas
warna
bentuk
benda
tempat
rasa
nombor
huruf

Membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah:
Pemikiran yang lemah
Tidak menerima, memahami dan mengikut arahan

Psikososial
Mengatasi masalah sosial dan berinteraksi sesama sendiri seperti di dalam rumah, di sekolah dan komuniti.

Kemahiran hidup dan vokasional
Membantu kanak-kanak menambah keyakinan, keberanian dan kemahiran hidup berdikari serta kebolehan seperti berkebun, membeli barangan harian dan menaiki kenderaan awam.


Faedah Terapi Snoozeland

1) Bagi murid bermasalah pembelajaran:
    Murid dapat belajar menggunakan pelbagai ransangan seperti muzik (audio) dan warna
-         Meningkatkan tumpuan terhadap tugasan
-         Meningkatkan kesedaran kendiri
-         Memperbaiki interaksi sosial dan komunikasi
-         Meningkatkan manipulasi dan eksplorasi terhadap bahan ransangan
-         Meningkatkan daya mengadaptasi dalam pelbagai persekitaran
-         Meningkatkan morality
-         Mengurangkan kelakuan yang stereotype
-         Membina tingkah laku positif
-         Membina keseronokan 

2) Masalah Tingkah Laku

    Meningkatkan kegembiraan dan keterujaan
-         Mengurangkan ketakutan dan kesedihan
-         Meningkatkan tumpuan
-         Meningkatkan komunikasi
-         Mengurangkan tingkah laku yang bermasalah
-         Membaiki moral 

3) Kesakitan
     Mengurangkan tahap kesakitan
-         Mengurangkan tekanan dan kesakitan 
-         Mengurangkan tekanan dan depresi
-         Membantu pesakit sembuh
-         Mengurangkan ketidakfungsian anggota badan 

Peralatan Terapi Snoozeland


                                Keratan akhbar mengenai bilik snoozeland


PERALATAN
Bilik yang dicat dengan warna putih atau warna pastel.
Tiada tingkap.
Mengurangkan kesan cahaja yang dipantulkan
Mengurangkan cahaya luar
Tempat duduk beanbag atau kerusi khas
TUJUAN
Memberikan keselesaaan
Lantai yang lembut atau mempunyai cahaya dan  pad yang sensitif pada tekanan
Memberikan keselesaan dan ransangan pada kaki


PERALATAN
Cermin  dan spotlight berwarna
        >Memancarkan bentuk-bentuk berwarna yang bergerak dalam bilik

PERALATAN
Projektor
>Memancarkan objek abstrak yang  bergerak atau imej pada dinding

PERLATAN
Fiber-optic  spray atau langsir
Warna yang boleh bertukar dan dipegang oleh pesakit
Peralatan dan pemain muzik
TUJUAN
        Memainkan muzik yang menyenangkan serta digemari

PERALATAN
Penyembur aromaterapi
Memberi ransangan bau
Objek yang boleh dipegang atau disentuh
TUJUAN
Memberikan ransangan deria sentuhan dan penglihatan

PERALATAN
Tiub buih (buih yang bergerak dalam tiub air yang diterangi dan telus cahaya
TUJUAN
Memberikan rasa bergetar apabila disentuh dan ransangan penglihatan

PERALATAN 
Sample makanan
        >Memberi ransangan rasa dan bau
Kawasan soft-play, ball pools atau spa pools
        >Memberikan pengalaman bermain dengan selesa dan selamat

Cara Pelaksanaan Terapi Snoozeland

a) Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pesakit

Masalah pesakit perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesi terapi. Ia     bertujuan untuk membolehkan ahli terapi untuk memilih jenis terapi multisensori yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi pesakit seterusnya terapi yang dijalankan akan memberikan kesan yang maksimum. Tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan terapi multisensori. Berikut merupakan jenis-jenis masalah yang boleh mendapatkan perkhidmatan terapi multisensori.
o Individu dewasa yang bermasalah pembelajaran
o Pesakit dementia
o Kanak-kanak berkeperluan khas
o Pediatrik
o Ibu bersalin

b) Peralatan yang digunakan

Dalam merancang dan melengkapkan persekitaran multisensori, pertimbangan yang teliti harus diambil kira agar mampu memenuhi keperluan kumpulan sasaran. Peralatan yang digunakan adalah agak berbeza berdasarkan jenis persekitaran namun terdapat juga peralatan yang sama digunakan bagi persekitaran yang berbeza.


c) Keselamatan
Faktor keselamatan yang perlu diambil kira ialah dari segi pengurusan dan kawalan pesakit, peralatan, dan kawasan persekitaran
i) Pengurusan dan kawalan pesakit.    
ii) Keselamatan peralatan
iii) Keselamatan kawasan


d) Kepakaran staf mengendalikan peralatan dan sesi terapi.
  Staf yang melaksanakan sesi terapi haruslah seseorang yang betul-  
  betul mengenali pesakit dengan baik iaitu dari segi latar belakang, 
  kesihatan, masalah yang dihadapi dan cara pesakit meluahkan 
  ketidakselesaan dan keutamaan mereka. Hal ini penting agar staf 
  tersebut dapat mengurus keperluan pesakit dengan baik dan tidak 
  akan menghadapi sebarang masalah berat semasa menjalankan 
  sesi terapi.





Sunday, March 30, 2014

Terapi Pertuturan

Posted by Unknown at 1:19 PM 1 comments
Terapi pertuturan di dalam dunia pendidikan khas merupakan kaedah yang digunakan
untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan
berkomunikasi. Bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan
melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. 


Kepentingan Terapi Pertuturan
a) Melatih murid menguasai kemahiran tertentu
b) Membantu murid menghasilkan bunyi bahasa
c) Meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial
d) Meningkatkan tahap keupayaan murid
e) Membantu murid menyampaikan maklumat kepada individu

Alatan yang digunakan.
-Wisel
-Bola Ping Pong
-Straw
-Peniup hari jadi
-Lilin 
-Kertas
Cara Pelaksanaan Terapi Pertuturan

Melakukan Senaman Muka
1. Lidah - Gerakkan lidah ke atas. 
                Gerakkan lidah ke bawah
                Gerakkan lidah ke kanan
                Gerakkan lidah ke kiri 
2. Mulut - Buka mulut seluas mungkin
                Tutup mulut.
                Buka dan tutup perlahan-lahan
                Buka dan tutup mulut dari perlahan dari semakin laju.
3. Muka-Meniru riak muka berdasarkan gambar atau arahan
4. Kunyah    

Kawalan pernafasan
•                Cara pernafasan menggunakan perut
•                Tarik nafas kemudian tahan dan hembus
•                Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui
                 hidung atau mulut.
•                Latihan hembus kertas
•                Hembus bola kertas ke arah gol
•                Minum,sedut dan buat buih air menggunakan straw
•                Tiup buih-buih
  Meniup peralatan muzik atau peralatan yang      
  mengeluarkan bunyi

Cara pelaksanaan terapi pra-pertuturan

      Pandang mata

       -Letakkan permainan berdekatan dengan mata klien. Ia bertujuan agar  klien melihat   ke arah guru. Jika klien tidak memberikan perhatian, berhenti dan panggil namanya sebelum memulakan aktiviti.
       -Hentikan aktiviti sebelum klien kepenatan dan berikan ganjaran jika berjaya.

       Vokalisasi

       -Bermain dengan bunyi vokal untuk melatih pergerakan otot mulut yang berkaitan dengan pertuturan.
       -Apabila klien mengeluarkan bunyi , ulang semula penghasilan bunyi tersebut atau memanjangkan bunyi tersebut sehingga menjadi satu perkataan.
      -Pengendali terapi harus menggunakan nada yang berbeza supaya dapat menarik minat klien untuk meniru.

         


Terapi Fisio

Posted by Unknown at 11:25 AM 0 comments

Terapi Fisio adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar dan motor halus mereka. Bagi mendalami lagi apa yang dikatakan terapi fisio ini, jom sama-sama lihat bahan yang telah kami sediakan. Diharap maklumat tersebut dapat memberi manfaat kepada anda =)

Sunday, March 23, 2014

Dedikasi Untuk Anak-Anak Istimewa

Posted by Unknown at 12:32 AM 0 comments
Hai semua! =)  masa nak update blog, jumpa satu video ini, video ini  didedikasikan untuk anak-anak istimewa. Tersentuh tengok video ini :'( . Walaupun sekejap, tetapi isi di dalam video ini amat bermakna. kami suka kata-kata yang ada dalam video tersebut, ditambah lagi dengan background lagu tu, cukup untuk buat hati kami tersentuh. Begitu besar nikmat yang Tuhan beri apabila Dia tidak menguji kita dengan memberi kita anak istimewa dan begitu besar juga nikmat yang Tuhan kurniakan apabila Dia memlilih insan yang terpilih untuk mendidik dan membimbing anak-anak istimewa ini. 

Sebagai pendidik yang bakal mendidik anak-anak istimewa ini, ikhlaskan hati untuk mendidik mereka. Bimbing dan bantu mereka sedaya upaya kita. 




You weren't like other children,
And God was well aware,
You'd need a caring family,
With love enough to share. 

And so He sent you to us, 
And much to our surprise, 
You haven't been a challenge, 
But a blessing in disguise. 

Your winning smiles and laughter, 
The pleasures you impart, 
Far outweigh your special needs, 
And melt the coldest heart. 

We're proud that we've been chosen, 
To help you learn and grow, 
The job that you have brought us, 
Is more than you can know. 

A precious gift from Heaven, 
A treasure from above, 
A child who's taught us many things, 
But most of all- "Real Love"





Saturday, March 22, 2014

Terapi

Posted by Unknown at 12:06 PM 0 comments


Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.

Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Terapi
  •  Dapat  mengenalpasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid bermasalah    pembelajaran secara menyeluruh.
  •  Untuk melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti terapi yang bersesuaian untuk  murid yang  bermasalah.

Keperluan Terapi
  •  Melatih murid-murid  bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran        tertentu  yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.
  •  Mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan.
  •  Merangsang murid untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.
  •  Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid        bermasalah pembelajaran.



Jenis-Jenis Terapi

Antara jenis-jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran ialah:

1.  Terapi fisio dan terapi cara kerja.
2.  Terapi seni.

 
3.  Terapi berkuda.
4.  Terapi pasir.
5.  Terapi muzik dan nyayian.
6.  Pergerakan kreatif dan drama.
7.  Terapi Hidro (Air)
8. Terapi alternatif
9. Terapi pertuturan

Friday, March 21, 2014

Mukadimah

Posted by Unknown at 11:13 AM 0 comments






"Anak-anak istimewa buat ibu bapa yang istimewa"

Kata-kata hikmah itu telah menjentik hati kami sekaligus kamu telah mengambil kata-kata hikmah itu sebagai motivasi untuk  berkongsi maklumat mengenai anak-anak istimewa ini
Seperti yang kita tahu, kanak-kanak istimewa adalah sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam orang yang kehilangan upaya atau lebih dikenali sebagai OKU, iaitu seseorang yang tidak berupaya menentukan keperluan sendiri bagi memperoleh sesuatu dengan sepenuhnya, dan tidak mampu untuk bersosial dalam masyarakat. Kanak-kanak ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. 

Anak adalah anugerah,
Anak adalah amanah,
Anak juga ujian daripada Tuhan,
Anak istimewa anugerah daripada Tuhan yang tidak TERNILAI.

Begitu besar nikmat yang Tuhan beri apabila Dia tidak menguji kita dengan memberikan anak yang istimewa dan begitu besar juga nikmat yang diberikanNya apabila memilih kita untuk mendidik anak-anak istimewa ini.

Diharap segala entri yang ada dalam blog ini dapat memberi manfaat, maklumat serta pengetahuan mengenai anak-anak istimewa ini.


 

"Kerana Aku Istimewa" Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting