Terapi ini dirancang untuk memberi stimulus pada pelbagai pancaindera dengan menggunakan efek lampu,suara,muzik,bau dan sebagainya. Suasana bilik atau tempat terapi ini bersifat kondusif, tenang, rekreasionalis dan tidak mengancam. Terapi ini dapat membina kawalan diri yang lebih baik ,dapat meningkatkan rasa percaya kepada diri dan seterusnya mengurangkan stress.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
o Berbaring,bermain dan memeluk bantal
o Menikmati buaian
o Dengar muzik instrumental
o Buat suara lucu dgn alat khusus
o Bermain dgn tangga/cermin
o Perhatikan pola lampu berkelip-kelip
o Menyelam di kolam mandi

Terapi ini telah dikembangkan sebagai aktiviti waktu senggang untuk murid bermasalah pembelajaran dengan persekitaran yang memberangsangkan dan menyenangkan. Mereka boleh memilih, mengawal dan meneroka rangsangan yang terdapat di persekitaran mereka. terapi ini. Terapi ini telah berkembang diseluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia terutama dalam bidang perubatan.
Tujuan Terapi Snoozeland
“Its aim is to be a relaxing activity, designed ‘to
create a feeling of safety, novelty and stimulation which is under the user’s
control’ (Ashby et al, 1995) and in which there are no expectations for
performance" (Baillon, S. , Diepen, E. V. & Prettyman, R. (2002)

Terapi ini telah direka bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi:
Pergerakan motor kasar ---> Mempertingkatkan kebolehan anggota badan yang lemah
Pergerakanan motor halus
• menggunakan alat permainan
• menggunakan tangan dalam sebarang aktiviti
• memegang pensel untuk melukis dan mewarna
• bermain dengan permainan yang terlalu banyak
Masalah pembelajaran :
• lemah tumpuan
• gelisah
• lambat dan lembab
• tidak teratur dan tidak kemas
• tumpuan amat sedikit
• hiperaktif
• tidak boleh mengikut arahan
Kebolehan kendiri
• menyuap makanan
• memakai baju
• pergi ke tandas
• menjaga kebersihan diri
Kebolehan bermain :
• tidak pandai memanipulasi alat permainan
• tidak faham cara bermain
• mengenal alat permainan
• kebolehan bermain terhad
Kognitif dan konsep asas
• warna
• bentuk
• benda
• tempat
• rasa
• nombor
• huruf
Membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah:
• Pemikiran yang lemah
• Tidak menerima, memahami dan mengikut arahan
Psikososial
Mengatasi masalah sosial dan berinteraksi sesama sendiri seperti di dalam rumah, di sekolah dan komuniti.
Kemahiran hidup dan vokasional
Membantu kanak-kanak menambah keyakinan, keberanian dan kemahiran hidup berdikari serta kebolehan seperti berkebun, membeli barangan harian dan menaiki kenderaan awam.
Faedah Terapi Snoozeland
1) Bagi murid bermasalah pembelajaran:
Murid dapat belajar menggunakan pelbagai ransangan seperti muzik (audio) dan warna
- Meningkatkan tumpuan terhadap tugasan
- Meningkatkan kesedaran kendiri
- Memperbaiki interaksi sosial dan komunikasi
- Meningkatkan manipulasi dan eksplorasi terhadap bahan ransangan
- Meningkatkan daya mengadaptasi dalam pelbagai persekitaran
- Meningkatkan morality
- Mengurangkan kelakuan yang stereotype
- Membina tingkah laku positif
- Membina keseronokan
2) Masalah Tingkah Laku
Meningkatkan kegembiraan dan keterujaan
- Mengurangkan ketakutan dan kesedihan
- Meningkatkan tumpuan
- Meningkatkan komunikasi
- Mengurangkan tingkah laku yang bermasalah
- Membaiki moral
3) Kesakitan
Mengurangkan tahap kesakitan
- Mengurangkan tekanan dan kesakitan
- Mengurangkan tekanan dan depresi
- Membantu pesakit sembuh
- Mengurangkan ketidakfungsian anggota badan
Peralatan Terapi Snoozeland

Keratan akhbar mengenai bilik snoozeland
PERALATAN
• Bilik yang dicat dengan warna putih atau warna pastel.
• Tiada tingkap.
• Mengurangkan kesan cahaja yang dipantulkan
• Mengurangkan cahaya luar
• Tempat duduk beanbag atau kerusi khas
TUJUAN
Memberikan keselesaaan
Lantai yang lembut atau mempunyai cahaya dan pad yang sensitif pada tekanan
Memberikan keselesaan dan ransangan pada kaki
PERALATAN
• Cermin dan spotlight berwarna
>Memancarkan bentuk-bentuk berwarna yang bergerak dalam bilik
PERALATAN
• Projektor
>Memancarkan objek abstrak yang bergerak atau imej pada dinding
PERLATAN
• Fiber-optic spray atau langsir
• Warna yang boleh bertukar dan dipegang oleh pesakit
• Peralatan dan pemain muzik
TUJUAN
Memainkan muzik yang menyenangkan serta digemari
PERALATAN
• Penyembur aromaterapi
• Memberi ransangan bau
• Objek yang boleh dipegang atau disentuh
TUJUAN
Memberikan ransangan deria sentuhan dan penglihatan
PERALATAN
Tiub buih (buih yang bergerak dalam tiub air yang diterangi dan telus cahaya
TUJUAN
Memberikan rasa bergetar apabila disentuh dan ransangan penglihatan
PERALATAN
• Sample makanan
>Memberi ransangan rasa dan bau
• Kawasan soft-play, ball pools atau spa pools
>Memberikan pengalaman bermain dengan selesa dan selamat
Cara Pelaksanaan Terapi Snoozeland
a) Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pesakit
Masalah pesakit perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesi terapi. Ia bertujuan untuk membolehkan ahli terapi untuk memilih jenis terapi multisensori yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi pesakit seterusnya terapi yang dijalankan akan memberikan kesan yang maksimum. Tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan terapi multisensori. Berikut merupakan jenis-jenis masalah yang boleh mendapatkan perkhidmatan terapi multisensori.
o Individu dewasa yang bermasalah pembelajaran
o Pesakit dementia
o Kanak-kanak berkeperluan khas
o Pediatrik
o Ibu bersalin
b) Peralatan yang digunakan
Dalam merancang dan melengkapkan persekitaran multisensori, pertimbangan yang teliti harus diambil kira agar mampu memenuhi keperluan kumpulan sasaran. Peralatan yang digunakan adalah agak berbeza berdasarkan jenis persekitaran namun terdapat juga peralatan yang sama digunakan bagi persekitaran yang berbeza.
c) Keselamatan
Faktor keselamatan yang perlu diambil kira ialah dari segi pengurusan dan kawalan pesakit, peralatan, dan kawasan persekitaran
i) Pengurusan dan kawalan pesakit.
ii) Keselamatan peralatan
iii) Keselamatan kawasan
d) Kepakaran staf mengendalikan peralatan dan sesi terapi.
Staf yang melaksanakan sesi terapi haruslah seseorang yang betul-
betul mengenali pesakit dengan baik iaitu dari segi latar belakang,
kesihatan, masalah yang dihadapi dan cara pesakit meluahkan
ketidakselesaan dan keutamaan mereka. Hal ini penting agar staf
tersebut dapat mengurus keperluan pesakit dengan baik dan tidak
akan menghadapi sebarang masalah berat semasa menjalankan
sesi terapi.
0 comments:
Post a Comment