
"Anak-anak istimewa buat ibu bapa yang istimewa"
Kata-kata hikmah itu telah menjentik hati kami sekaligus kamu telah mengambil kata-kata hikmah itu sebagai motivasi untuk berkongsi maklumat mengenai anak-anak istimewa ini
Seperti yang kita tahu, kanak-kanak istimewa adalah sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam orang yang kehilangan upaya atau lebih dikenali sebagai OKU, iaitu seseorang yang tidak berupaya menentukan keperluan sendiri bagi memperoleh sesuatu dengan sepenuhnya, dan tidak mampu untuk bersosial dalam masyarakat. Kanak-kanak ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Anak adalah anugerah,
Anak adalah amanah,
Anak juga ujian daripada Tuhan,
Anak istimewa anugerah daripada Tuhan yang tidak TERNILAI.
Begitu besar nikmat yang Tuhan beri apabila Dia tidak menguji kita dengan memberikan anak yang istimewa dan begitu besar juga nikmat yang diberikanNya apabila memilih kita untuk mendidik anak-anak istimewa ini.
Diharap segala entri yang ada dalam blog ini dapat memberi manfaat, maklumat serta pengetahuan mengenai anak-anak istimewa ini.

0 comments:
Post a Comment